Home bajet2022 RM28 juta untuk laksana tiga projek kuarters Jabatan Penjara

RM28 juta untuk laksana tiga projek kuarters Jabatan Penjara

0
RM28 juta untuk laksana tiga projek kuarters Jabatan Penjara
Sebanyak RM28 juta diperuntukkan bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara pada tahun hadapan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM28 juta diperuntukkan bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan itu antaranya melibatkan Pusat Koreksional Labuan dan Akademi Koreksional Malaysia.

“Kerajaan juga akan menaik taraf fasiliti di lima penjara antaranya Penjara Seremban, Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM18 juta,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here