Home bajet2022 Petronas cadang sumbang RM2 bilion dalam Dana KWAN

Petronas cadang sumbang RM2 bilion dalam Dana KWAN

0
Petronas cadang sumbang RM2 bilion dalam Dana KWAN
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Petronas bercadang untuk memberi sumbangan sebanyak RM2 bilion dalam Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berikutan kerajaan komited untuk menambah semula dana berkenaan apabila krisis pandemik Covid-19 berakhir dan tertakluk kepada situasi kewangan yang mengizinkan.

“Selaras dengan itu, Petronas bercadang untuk menyumbangkan sebanyak RM2 bilion ke dalam KWAN pada tahun 2023.

“Kerajaan menyeru lebih banyak entiti menyumbang ke dalam KWAN bagi manfaat negara di hari muka,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here