Home bajet2022 Dana RM500 juta untuk pengusaha pelancongan

Dana RM500 juta untuk pengusaha pelancongan

0
Dana RM500 juta untuk pengusaha pelancongan
Kerajaan memberi pengecualian cukai 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi pengendali pelancongan yang membawa sekurang-kurangnya 200 pelancong asing atau 400 pelancong tempatan setahun. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan Pembiayaan Pelancongan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan dana RM500 juta bagi membantu pengusaha pelancongan di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini termasuk meningkatkan had pembiayaan maksimum daripada RM300,000 kepada RM500,000.

“Kerajaan juga memberi pengecualian cukai 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi pengendali pelancongan yang membawa sekurang-kurangnya 200 pelancong asing setahun atau mengendalikan sekurang-kurangnya 400 pelancong tempatan.

“Pengecualian duti eksais 50 peratus juga diberikan ke atas pembelian kenderaan pelancongan CKD (kereta pemasangan tempatan) bagi kegunaan kereta sewa dan pandu serta bas persiaran.

“Selain itu, Elaun Pelaburan Semula bagi projek perhotelan dan pelancongan terpilih diperkenalkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here