Home bajet2022 Pelaksanaan diskaun PTPTN hingga 20 peratus dalam masa terdekat

Pelaksanaan diskaun PTPTN hingga 20 peratus dalam masa terdekat

0
Pelaksanaan diskaun PTPTN hingga 20 peratus dalam masa terdekat

PTPTN menyatakan pelaksanaan inisiatif diskaun dan penangguhan bayaran balik bagi peminjam seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2023 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyatakan pelaksanaan inisiatif diskaun dan penangguhan bayaran balik bagi peminjam seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2023 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

PTPTN dalam satu kenyataan turut menyatakan komitmen mereka untuk melaksanakan inisiatif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20 peratus selama tiga bulan dan penangguhan bayaran selama tempoh enam bulan kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah bagi tempoh enam bulan bermula 1 Mac depan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Usaha ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, PTPTN sentiasa bersedia membantu peminjam selaras dengan inisiatif kerajaan dalam Belanjawan 2023.

“Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

“Orang ramai juga boleh menghubungi PTPTN di talian Careline PTPTN (03- 2193-3000) (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang), Live Chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional