Home bajet2022 Kerajaan tanggung kos lesen motosikal B2, teksi, bas dan e-hailing

Kerajaan tanggung kos lesen motosikal B2, teksi, bas dan e-hailing

0
Kerajaan tanggung kos lesen motosikal B2, teksi, bas dan e-hailing

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Ia sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2023 bernilai keseluruhan sehingga RM40 bilion untuk manfaat usahawan perniagaan micro kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

“RM300 juta ringgit dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia.

“BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja.

“Tekun juga menyediakan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

“Kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau menambah, hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion ringgit pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan kerajaan sehingga 90 peratus.

“Jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil,” katanya.