KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti akan terus memberi penekanan dalam meningkatkan penyediaan pembiayaan Islam berteraskan ekuiti dengan konsep perkongsian risiko seperti Mudarabah dan Musyarakah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor kewangan Islam masih belum mencapai keupayaan penuh berasaskan nilai bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semasa.
Justeru, kebijakan baharu diperlukan dalam meningkatkan keupayaan sistem kewangannya dengan menekankan prinsip pemacuan pertumbuhan, penyertaan yang lebih meluas dan pengagihan kekayaan yang adil serta tidak hanya tertumpu kepada keuntungan syarikat dan konglomerat.
“BNM juga memperkenalkan Climate Risk Management and Scenario Analysis, Towards A Greener Financial System and Financial Inclusion Framework 2023-2026. Di peringkat global, the General Council for Islamic Banks and Financial Institutions turut telah mengeluarkan Sustainability Guide for Islamic Financial Institutions,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL