Home bajet2022 Kerajaan lanjut Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

Kerajaan lanjut Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

0
Kerajaan lanjut Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
Gambar hiasan 123RF.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan untuk terus melanjutkan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk tahun 2023 dan memperkasa perlindungan ini di bawah skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Suri rumah yang membuat caruman bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minimum RM60 setahun akan mendapat insentif padanan tambahan kerajaan bernilai sehingga RM600 setahun merangkumi RM480 simpanan KWSP serta RM120 caruman skim Perkeso.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

“Program ini bakal memanfaatkan 200,000 suri rumah dengan sumbangan kerajaan lebih RM120 juta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here