Home bajet2022 Elaun pelajar, pegawai tajaan JPA naik RM100

Elaun pelajar, pegawai tajaan JPA naik RM100

0
Elaun pelajar, pegawai tajaan JPA naik RM100
Kadar elaun sara hidup pelajar tajaan JPA akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan.

KUALA LUMPUR – Kadar elaun sara hidup tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, penyeragaman dan kenaikan di semua peringkat pengajian itu akan menjadikan elaun sara hidup tajaan JPA antara RM730 sehingga RM980 sebulan.

Katanya, kemudahan pendidikan buat anak-anak bumiputera khususnya daripada keluarga susah juga akan terus diberi perhatian.

“Tahun hadapan, sebahagian besar daripada peruntukan RM6.6 bilion kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah untuk menyediakan bumiputera dengan akses pinjaman pendidikan serta peluang mengikuti bidang profesional seperti kejuruteraan,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here