Home bajet2022 [VIDEO] Tersasul rakyat jadi syarikat, Dewan Rakyat gamat seketika

[VIDEO] Tersasul rakyat jadi syarikat, Dewan Rakyat gamat seketika

0
[VIDEO] Tersasul rakyat jadi syarikat, Dewan Rakyat gamat seketika
Tengku Zafrul yang tersasul menyebut perkataan rakyat kepada syarikat mengundang gelak ketawa ahli Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengundang gelak tawa ahli Dewan Rakyat susulan tersasul menyebut perkataan lain ketika membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat.

Kesilapan itu berlaku ketika Tengku Zafrul mula membaca teks pembentangan yang menyentuh mengenai dokumen bajet yang sepatutnya merujuk kepada cetusan hati rakyat, namun tersasul menyebut syarikat.

“Dalam menyiapkan dokumen ini pasukan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menjelajah ke seluruh negara dengan mengadakan lebih 200 libat urus, mengkaji lebih 250 memorandum dan lebih 12,000 cadangan awam.

“Maka, terhasilnya satu dokumen yang natijahnya lengkap lagi tuntas mewakili cetusan hati sanubari lapisan syarikat… rakyat,” katanya.

Dewan Rakyat yang sebelum itu senyap bagi memberi ruang kepada pembentangan bajet itu bertukar ‘gamat’ seketika dengan gelak ketawa.

Tengku Zafrul yang lengkap memakai baju Melayu berwarna biru mula membentangkan bajet kira-kira jam 4.10 minit petang.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here