Home bajet2022 Bajet 2023: RM25 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa

Bajet 2023: RM25 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa

0
Bajet 2023: RM25 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa
Sebanyak RM25 juta diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi menampung kos rawatan kes penyakit jarang jumpa.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menaikkan peruntukan kepada RM25 juta bagi menampung kos rawatan kes penyakit jarang jumpa yang kian meningkat di dalam negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan turut bersetuju untuk memberikan potongan cukai kepada individu yang menyumbang kepada akaun amanah bagi rawatan penyakit jarang jumpa yang ditubuhkan pada Julai lalu.

“Sukacita dimaklumkan sumbangan kepada tabung ini akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar.

“Diharapkan banyak pihak tampil ke hadapan untuk menyumbang bagi meringankan beban kos pesakit,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here