Home bajet2022 Anwar ‘petik’ enam surah dalam pembentangan Belanjawan 2023

Anwar ‘petik’ enam surah dalam pembentangan Belanjawan 2023

0
Anwar ‘petik’ enam surah dalam pembentangan Belanjawan 2023

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Bangunan Parlimen pada Jumaat – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Bertepatan dengan tema Belanjawan 2023 iaitu ‘Membangun Malaysia Madani’, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memetik beberapa surah al-Quran dalam ucapannya di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Antara surah-surah yang disebut Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun ketika membentangkan belanjawan itu adalah Surah Yusof, Surah Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Ar-Rum, Surah at -Taubah dan Surah An-Nisa’.

Hampir kesemua surah-surah yang disebut itu merujuk kepada usaha untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah laku dalam mentadbir sesebuah kerajaan.

Anwar secara keseluruhannya mengambil masa lebih dua jam untuk membaca teks ucapan belanjawan setebal 91 muka surat itu.

Belanjawan 2023 menyaksikan nilai keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion, sekali gus terbesar dalam sejarah negara.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding belanjawan yang diumumkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM372.3 bilion.

Sementara belanjawan bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM332 bilion dan bagi tahun 2021 berjumlah RM322 bilion.