Home Uncategorized Wanita tawar khidmat seks menerusi MiChat didenda RM3,000

Wanita tawar khidmat seks menerusi MiChat didenda RM3,000

0
Wanita tawar khidmat seks menerusi MiChat didenda RM3,000

MELAKA – Seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini kerana menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi MiChat.

Tertuduh berusia 35 tahun turut berdepan empat bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 372B kanun keseksaan kerana melakukan persundalan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini kira-kira jam 6.40 petang pada 8 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari dalam hujahannya meminta hukuman setimpal diberikan meskipun tertuduh tiada rekod lampau.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman terhadapnya dikurangkan atas alasan dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang telah uzur.

Difahamkan, tertuduh mencari pelanggan dengan membuat tawaran seks dengan bayaran serendah RM150 melalui laman web MiChat yang menggunakan nama Tina FL.

Pemeriksaan lanjut polis dalam bilik hotel tersebut turut menemui pelbagai barangan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti pelacuran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here