Home Uncategorized Covid-19: 2,000 banduan Penjara Seberang Perai jalani ujian saringan

Covid-19: 2,000 banduan Penjara Seberang Perai jalani ujian saringan

0
Covid-19: 2,000 banduan Penjara Seberang Perai jalani ujian saringan

GEORGETOWN – Lebih 2,000 banduan Penjara Seberang Perai akan menjalani ujian saringan pandemik koronavirus (Covid-19) secara berperingkat susulan tiga banduan di penjara itu disahkan positif semalam.

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, sehingga kini, kira-kira 200 sampel ujian saringan diambil ke atas banduan di penjara yang terletak di Jawi, Nibong Tebal itu dan proses tersebut dijangka selesai beberapa hari lagi.

“Pihak penjara memohon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan ujian saringan di Penjara Seberang Perai sebagai langkah keselamatan awal.

“Selain itu, pihak pengurusan penjara mengasing dan kuarantin mereka yang telah dijangkiti dengan segera di blok transit yang jauh dari blok banduan lain dan keadaan mereka juga stabil,” katanya ketika dihubungi tadi.

Semalam, tiga individu yang disahkan positif Covid-19 di Penjara Seberang Perai, Jawi merupakan banduan yang baru dimasukkan ke penjara itu dua minggu lalu dan sudah diasingkan dengan banduan lain.

Tambah Roslan, ujian saringan ke atas anggota dan kakitangan penjara tersebut termasuk yang menjadi kontak rapat banduan yang disahkan positif itu telah selesai dilakukan oleh pihak KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM tegur rakyat ‘lari’ daripada PKPB

Jelasnya, sehingga kini, tiada banduan dari penjara itu dihantar ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Difahamkan, Penjara Seberang Perai mempunyai kekuatan 300 anggota Jabatan Penjara Malaysia.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi selepas tiga banduan di situ dikesan positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here