Home Uncategorized Usaha wujudkan Hospital Medan Tawau dipergiat

Usaha wujudkan Hospital Medan Tawau dipergiat

0
Usaha wujudkan Hospital Medan Tawau dipergiat

PUTRAJAYA – Kerajaan mempergiatkan usaha mewujudkan Hospital Medan Tawau, Sabah bagi menempatkan pesakit bukan koronavirus (Covid-19) dari Hospital Tawau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit daripada perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan pembedahan am akan ditempatkan di hospital yang dibangunkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi iaitu kategori tiga hingga lima termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna,” katanya menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan iaitu kategori satu dan dua akan terus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan hospital medan ini,” katanya.

Hospital Medan Tawau dibuka di Dewan Kompleks Sukan Tawau yang terletak 10 minit dari Hospital Tawau.

Hospital Tawau merupakan antara sembilan hospital khusus merawat Covid-19 di Sabah.

Kadar penggunaan katil adalah sebanyak 71 peratus daripada kapasiti katil iaitu 1,018 buah.

Setakat ini, Sabah mencatatkan kes aktif tertinggi dengan 723 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here