Home Uncategorized Restoran Nando’s di Palm Mall ditutup sementara

Restoran Nando’s di Palm Mall ditutup sementara

0
Restoran Nando’s di Palm Mall ditutup sementara

SEREMBAN – Restoran Nando’s di Palm Mall, Seremban di sini ditutup sementara selepas seorang pekerja sambilan di cawangan itu didapati positif koronavirus (Covid-19) hari ini.

Nando’s dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, cawangan tersebut ditutup bagi menjalani proses disinfeksi dan pembersihan sehingga dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pekerja sambilan itu merupakan penuntut di sebuah Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas didapati positif hari ini.

“Bagaimanapun, pekerja itu tidak menghadirkan diri sejak 5 Oktober lalu dan sudah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Nando’s turut memaklumkan semua pekerja restoran cawangan itu yang berada dalam syif yang sama, akan menjalani ujian saringan Covid-19.

“Semua pekerja yang terlibat akan menjalani kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.

“Kami juga mengarahkan pekerja lain untuk turut menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan kontak rapat pekerja yang positif terbabit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here