Home Uncategorized PKPB dilaksana di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

PKPB dilaksana di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

0
PKPB dilaksana di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media harian sebentar tadi.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

” Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya.

Ismail Sabri berkata, masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here