Home Uncategorized PKPB di seluruh Sabah bermula tengah malam ini

PKPB di seluruh Sabah bermula tengah malam ini

0
PKPB di seluruh Sabah bermula tengah malam ini

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di negeri itu.

“Dengan pelaksanaan PKPB ini, semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Antaranya, semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

“Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,” katanya pada sidang akhbar secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Dalam tempoh itu, Ismail Sabri berkata, hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian termasuk makanan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here