Home Uncategorized Lost World of Tambun ditutup 14 hari

Lost World of Tambun ditutup 14 hari

0
Lost World of Tambun ditutup 14 hari

IPOH – Taman Tema Lost World of Tambun di sini akan tutup selama 14 hari bermula hari ini sehingga 26 Oktober selepas salah seorang pengunjung disyaki dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dibuat bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman tema dan hotel untuk melindungi pengunjung serta orang ramai.

“Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan pengunjung serta kakitangan adalah menjadi keutamaan kami. Kami juga berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua.

“Berhubung dengan perkembangan ini, kami akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari bermula dari 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai untuk kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here