Home Uncategorized KKM belum cadang bangunkan hospital sementara di MAEPS

KKM belum cadang bangunkan hospital sementara di MAEPS

0
KKM belum cadang bangunkan hospital sementara di MAEPS

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada mencukupi untuk merawat kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini KKM menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor.

“Kita ada 466 katil yang telah kita khaskan untuk pesakit bergejala ringan dan tidak bergejala. Sekiranya keperluan itu ada, contohnya peningkatan kes di Selangor dan kes yang discaj kurang, jadi kita mungkin akan melihat kepada membina hospital sementara di MAEPS.

“Tapi sekarang ini, kita belum ada perancangan tersebut sebab kita masih berkemampuan untuk merawat kes tersebut. Kalau kita bersetuju untuk membina hospital sementara itu, kita hanya memakan masa tiga atau empat hari.

“Itulah pengalaman yang membantu KKM untuk kenal pasti lokasi yang boleh diguna pakai sebagai pusat kuarantin risiko rendah di Selangor,” katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan Covid-19 yang disiarkan melalui Facebook KKM hari ini.

Sehingga kini, Selangor mencatatkan sebanyak 2,964 jumlah kumulatif kes positif Covid-19 termasuk 150 kes baharu hari ini serta sembilan kluster yang masih aktif.

Kluster terlibat adalah Utama, Bah Manggis, Tasik, Simera, Bah Tropicana, Sungei Way, Jalan Meru, Bah Kasturi dan Kencana. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here