Home Uncategorized JPN Sabah tutup operasi di zon merah mulai Isnin

JPN Sabah tutup operasi di zon merah mulai Isnin

0
JPN Sabah tutup operasi di zon merah mulai Isnin

KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi semua pejabatnya yang terletak di kawasan zon merah mulai 12 Oktober ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, penutupan operasi itu melibatkan pejabat JPN Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tuaran, Papar dan Inanam, selain JPN cawangan UTC Kota Kinabalu yang telah ditutup lebih awal sebelum ini.

“Penutupan operasi yang turut melibatkan pejabat JPN Beluran dan Kinabatangan susulan penguatkuasaan kawalan rentas daerah yang diperketatkan itu adalah selaras dengan arahan kerajaan dan juga sebagai langkah membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JPN Sabah hanya akan mengendalikan kes kecemasan yang perlu sahaja bagi kawasan terbabit seperti kes kehilangan kad pengenalan.

Justeru, JPN Sabah menasihati pelanggannya supaya menangguhkan urusan di JPN sekiranya tiada keperluan mendesak dan orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Sabah di talian 088-488300/ 301/ 365 untuk membuat janji temu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here