Home Uncategorized Eropah perketat sekatan

Eropah perketat sekatan

0
Eropah perketat sekatan

BRUSSELS – Sekatan lebih ketat kini dilaksanakan di beberapa negara di rantau Eropah susulan lonjakan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) sejak akhir-akhir ini selepas kes global kini mencecah 38.2 juta dan 1.1 juta kematian.

Di United Kingdom (UK), sistem baharu tiga peringkat telah mula dikuatkuasakan di England.

Kebanyakan kawasan diletakkan di bawah peringkat paling rendah dan sederhana, namun jutaan penduduk di Utara dan Midlands berdepan sekatan tambahan di bawah langkah untuk membendung penularan wabak tersebut.

Selain itu, Liverpool menjadi kawasan tunggal yang dikenakan peraturan lebih ketat.

Sejak Isnin lalu, Ireland Utara telah menutup sesi persekolahan selama dua minggu dan turut memperkenalkan sekatan lebih ketat manakala Wales mempertimbangkan untuk melaksanakan langkah pemutus litar (circuit break) untuk memperlahankan penularan Covid-19.

Di Republik Czech, langkah lockdown separa selama tiga minggu dikuatkuasakan selepas negara itu mencatatkan kadar jangkitan baharu tertinggi untuk setiap 100,000 orang.

Di Belanda, pemerintah mengumumkan langkah lockdown separa selama empat minggu dan juga mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam tertutup.

Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat selepas jumlah kes jangkitan di negara itu meningkat 60 peratus kepada hampir 44,000 kes baharu dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Rusia yang merekodkan jumlah kes jangkitan harian tertinggi berjumlah hampir 14,000 kes tidak merancang untuk melaksanakan langkah lockdown di seluruh negara.

Itali turut menguatkuasakan peraturan baharu lebih ketat bagi mengawal pandemik itu.

Ketika ini, Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki menjadi tokoh berprofil tinggi terbaharu menjalani kuarantin selepas beliau menjadi kontak rapat individu disahkan positif virus tersebut. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here