Home Uncategorized 93 sekatan jalan raya di Lembah Klang

93 sekatan jalan raya di Lembah Klang

0
93 sekatan jalan raya di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 93 sekatan jalan raya dibuat di sekitar Lembah Klang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, di Selangor sebanyak 66 sekatan jalan raya dilaksanakan manakala 27 sekatan jalan raya dibuat di Kuala Lumpur.

“Kita turut memberi tumpuan di sempadan daerah dan negeri di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Acryl Sani berkata, beliau berkata, sekatan jalan raya ini telah dilaksanakan pada tengah malam tadi.

“Setakat ini hampir kesemua laluan itu berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menunjukkan sebahagian masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Tujuan perlaksanaan PKPB adalah untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan dilihat tercapai pada hari pertama,” katanya.

Katanya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar telah ditugaskan untuk mengkaji operasi di lapangan.

“Kita akan memeriksa dan menambah baik kawasan tertentu jika diperlukan sekatan jalan raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here