Home Uncategorized Empat kluster baharu Covid-19, 85 kluster aktif: Noor Hisham

Empat kluster baharu Covid-19, 85 kluster aktif: Noor Hisham

0
Empat kluster baharu Covid-19, 85 kluster aktif: Noor Hisham

PUTRAJAYA – Empat lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan kluster bagi pandemik itu ialah 160 dengan kluster aktif kini sebanyak 85.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster terbabit ialah Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

“Kes indeks bagi Kluster Bah Layangan (iaitu kes ke-15,654) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 142 individu telah disaring dengan 13 kes dikesan positif, 67 individu negatif dan 62 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Mengenai Kluster Alma, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang dengan kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-18,066) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober lepas dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata saringan kontak rapat mendapati enam lagi kes positif dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 183 individu disaring dengan tujuh kes dikesan positif, 43 individu negatif manakala 133 individu masih menunggu keputusan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here