Home Uncategorized Covid-19: SMK Bandar Bintulu ditutup sementara

Covid-19: SMK Bandar Bintulu ditutup sementara

0
Covid-19: SMK Bandar Bintulu ditutup sementara

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan penutupan sementara operasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu yang terletak di utara negeri itu berikutan pengesahan kes Covid-19 di sekolah berkenaan.

Kenyataan jawatankuasa itu hari ini menyebut keputusan tersebut dibuat sejajar dengan arahan Jabatan Pendidikan Sarawak untuk menutup sekolah berkenaan selama tujuh hari iaitu dari 10 hingga 16 Oktober.

“Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan seperti yang terkandung dalam surat Arahan Penutupan Sekolah kerana ada pengesahan kes jangkitan COVID-19 (di sekolah berkenaan) daripada pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,” menurut kenyataan itu.

JPBN Sarawak juga mengarahkan pusat hiburan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) ketika ini ditutup selama 14 hari bermula dari tarikh kompaun dikeluarkan.

“Setakat hari ini, terdapat empat pusat hiburan yang telah diarahkan tutup (di Sarawak) berikutan premis-premis itu melanggar SOP PKPP,” katanya.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here