Home Uncategorized Covid-19 bukan bahan politik murahan: Mohd Khairuddin

Covid-19 bukan bahan politik murahan: Mohd Khairuddin

0
Covid-19 bukan bahan politik murahan: Mohd Khairuddin

SHAH ALAM – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa wabak koronavirus (Covid-19) bukan bahan murahan politik.

Kata beliau, ia adalah musibah yang perlu ditangani bersama oleh seluruh rakyat.

“Tahniah kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bertugas menangani situasi. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakkan fizikal dan memakai pelitup muka.

“Arahan kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin apabila diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi oleh semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau memohon orang ramai berdoa supaya wabak itu berakhir dan mereka yang positif segera sembuh.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membantu rakan dan jiran yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri dikompaun RM1,000 langgar kuarantin

Kes Khairuddin: Polis tunggu arahan Jabatan Peguam Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here