Home Uncategorized ADUN Kunak positif Covid-19

ADUN Kunak positif Covid-19

0
ADUN Kunak positif Covid-19

KUNAK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata, beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here