Home Rasuah Busters Wujudkan hukuman lebih berat kepada aktiviti rasuah penyeludupan – Helwa Abim

Wujudkan hukuman lebih berat kepada aktiviti rasuah penyeludupan – Helwa Abim

0
Wujudkan hukuman lebih berat kepada aktiviti rasuah penyeludupan – Helwa Abim
Kerajaan disaran mewujudkan hukuman lebih berat kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti menyeludup barangan berbahaya di sempadan negara. Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan disaran mewujudkan hukuman lebih berat kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti menyeludup barangan berbahaya di sempadan negara.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Helwa Abim), Dr Fatin Nur Majdina Nordin berkata, itu antara cadangan yang boleh dilakukan bagi menangani isu rasuah melibatkan keselamatan sempadan.

“Kerajaan perlu memperhebatkan penguatkuasaan kepada sindiket penyeludupan yang mencuri hasil negara sebanyak berbilion ringgit setiap tahun.

“Kenal pasti punca dan ambil tindakan yang lebih berstruktur serta bersasar sebagai langkah solusi.

“Selain itu, kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan secara bersungguh-sungguh bagi mengawal dan membanteras aktiviti tersebut yang masih berleluasa sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat telah merekod keterangan lapan individu yang dikenal pasti sebagai saksi bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menurut sumber, kesemua saksi ini terdiri daripada mereka yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan insiden yang disiasat.

Ulas Fatin Nur Majdina, rasuah yang berlaku dalam kawalan sempadan bukan sahaja mengancam keselamatan negara, malah merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan rakyat.

“Kita mungkin harus mengingatkan kepada para penerima rasuah bahawa kecelakaan dan kesan buruk akibat perbuatan yang dilakukan.

“Tindakan tidak bermoral itu bukan hanya menimpa orang lain atau masyarakat umum, tetapi akan turut memberi kesan kepada keluarga dan individu yang mereka sayangi,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here