Home Rasuah Busters Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi

Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi

0
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi

1. #RasuahBusters selaku Sekretariat KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah sebelum ini bersama kumpulan masyarakat sivil dan profesional menyambut baik usaha kerajaan yang menunjukkan komitmen pendedahan dan pendakwaan berkaitan perlakuan rasuah tanpa takut dan pilih kasih (without fear or favour).

2. Pelaksanaan komitmen tersebut hanya boleh menjamin keadilan dan ketelusan dengan adanya reformasi institusi yang harus dilaksanakan segera demi mengelakkan kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh mana-mana pihak.

3. Antara reformasi penting yang perlu dilaksanakan segera termasuklah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, penggubalan Akta Pembiayaan Politik, pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009, pindaan komprehensif kepada Akta SPRM 2009 dan implementasi penuh NACP.

4. Reformasi institusi berkenaan dilihat sebagai kritikal untuk memastikan keyakinan rakyat kepada institusi berkaitan agar politik dan kuasa eksekutif tidak dilihat menguasai negara dan mengancam kestabilan sistem demokrasi yang bertunjangkan pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

5. Dalam menyokong penuh iltizam kerajaan memerangi rasuah dan salah guna kuasa, semua pihak juga harus memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman terjamin, tidak diganggu atau diserang.

6. Untuk memastikan kelangsungan semak imbang, dan input kajian diperincikan dalam melaksanakan reformasi istitusi secara dua hala antara kumpulan masyarakat sivil, pakar dan profesional bersama ahli-ahli Parlimen; Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen.

7. Memerangi rasuah bukan tugas ekslusif pihak kerajaan, maka, kesediaan semua pihak untuk terlibat harus diambil kira dalam memastikan reformasi institusi yang dijanjikan dapat direalisasikan segera dan efisien.

Kenyataan bersama oleh:

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar

Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak

Datuk Hussamuddin Yaacub

Datuk Dr Anis Yusal Yusoff

Prof Dr Edmund Terence Gomez

Shah Hakim Zain

Maha Balakrishnan

Anas Zubedy

Christopher Leong

Nurhayati Nordin (#RasuahBusters)

Dr Tricia Yeoh (Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi-IDEAs)

Dr Muhammad Mohan (Transparency International Malaysia)

Cynthia Gabriel (Centre to Combat Corruption and Cronyism C4)

Tn Hj Badlishah Sham Baharin (IKRAM)

Tharma Pillai (UNDI 18)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here