Home Koronavirus 279 kes baharu Covid-19

279 kes baharu Covid-19

0
279 kes baharu Covid-19

Gambar hiasan – Foto 123rf

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 279 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,006,005.

Menurut portal KKMNOW, tiada kematian akibat Covid-19 dan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,967.

Terdapat lima kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dan seorang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.