Home Rasuah Busters Tegak integriti, tolak rasuah realisasi kemajuan negara

Tegak integriti, tolak rasuah realisasi kemajuan negara

0
Tegak integriti, tolak rasuah realisasi kemajuan negara

Anwar
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan sentiasa memastikan tadbir urus yang baik dengan menegakkan prinsip integriti terutamanya menolak amalan rasuah, bagi memastikan perancangan kemajuan negara dapat direalisasikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, semua pihak yang menganggotai Kerajaan Perpaduan telah diberi hala tuju yang jelas, mengenai perkara itu.

“Kita bagi peraturan yang jelas, kalau mahu kuat (stabil) dan mendapat sokongan rakyat, pemimpin mesti tolak rasuah dan salah guna kuasa.

“Dalam hal ini saya tegas, kalau mahu kaya, keluar dan jadi orang berniaga bukan jadi menteri, kerana jika demikian negara akan rosak,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH pada Ahad.

Kehadiran Anwar yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis itu, disambut Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye serta kepimpinan tertinggi KLSCAH.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here