Home Koronavirus Dua lagi maut akibat Covid-19

Dua lagi maut akibat Covid-19

0
Dua lagi maut akibat Covid-19

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat dua lagi kematian akibat Covid-19.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 293 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,034,521.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat dua kematian yang telah dicatatkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,932 orang daripada lebih lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 10,320 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 9,942 pesakit kuarantin di rumah, 366 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 12 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 10 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 326 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,987,269.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here