Home Rasuah Busters Rasuah jalan pintas untuk pendapatan sampingan

Rasuah jalan pintas untuk pendapatan sampingan

0
Rasuah jalan pintas untuk pendapatan sampingan

SHAH ALAM – Aktiviti rasuah berlaku bukan kerana kemiskinan tetapi kerana sikap tamak oleh sesetengah individu.

Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, jenayah rasuah telah menjadi budaya terutama di institusi tertentu sebagai pemudah cara untuk mendapat pendapatan sampingan.

“Umat Islam yang terlibat dengan rasuah disebabkan sifat tamak dan ingin menjadi kaya.

“Itulah yang menyebabkan mereka terlibat dengan aktiviti rasuah sekali gus mencipta kekayaan demi kekayaan melalui jalan mudah iaitu rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada masa yang sama, katanya, ramai umat Islam terlibat dengan aktiviti rasuah kerana terikut-ikut rakan-rakan lain melakukannya.

“Dia tengok orang Islam sebelum ini buat dan lepas, buat dan lepas… jadi itulah yang menyebabkan ramai orang Islam mengambil rasuah.

“Tapi insya-ALLAH, jika kerajaan mengambil tindakan keras maka tidak lama lagi masalah rasuah ini akan dapat dibendung dan kemudiannya dihapuskan,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Hanafiah berkata, beliau menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Sinar Rasuah Busters dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Saya menyokong penuh Rasuah Busters kerana ini satu usaha yang berani.

“Ramai orang buat kerja baik tetapi tidak ramai berani menegakkan kebenaran jadi ia patut diteruskan pada masa hadapan.

“Justeru untuk mengelakkan rasuah, kita juga kena ada penguatkuasaan yang lebih tegas contohnya hukuman yang lebih keras,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here