Home Koronavirus Covid-19: Kadar kebolehjangkitan turun 1.15

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan turun 1.15

0
Covid-19: Kadar kebolehjangkitan turun 1.15

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia merekodkan penurunan untuk dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu turun kepada 1.15 pada Rabu berbanding 1.16 hari sebelumnya.

“Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak mencatatkan nilai Rt tinggi dan melebihi angka 1.0.

“Ini termasuk Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Putrajaya,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Sementara itu, katanya, Pulau Pinang, Perak dan Labuan pula antara negeri dan wilayah yang mencatatkan nilai Rt di bawah angka 1.0.

Manakala Terengganu dan Perlis masing-masing mencatatkan satu kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai Rt merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu melaporkan 2,340 kes baharu Covid-19 dikesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here