Home Rasuah Busters Rasuah Busters Kelantan usaha kumpul 1,000 tandatangan

Rasuah Busters Kelantan usaha kumpul 1,000 tandatangan

0
Rasuah Busters Kelantan usaha kumpul 1,000 tandatangan
Dr Abdul Karim Zaidan (dua dari kiri) menghulurkan nota tandatangan kepada orang ramai yang menyokong pergerakan Rasuah Busters.
Dr Abdul Karim Zaidan (kiri) mahu menarik lebih ramai penyokong tangani rasuah bersama pasukan Rasuah Busters Kelantan.

KOTA BHARU – Kumpulan Rasuah Busters Kelantan pada Sabtu mendapatkan 1,000 tandatangan penyokong tangani rasuah sebagai usaha membanteras jenayah itu.

Pengerusi Rasuah Busters Kelantan, Dr Abdul Karim Zaidan Ab Aziz berkata, mereka kini sedang berusaha memperkenalkan kewujudan kumpulan Rasuah Busters di negeri itu.

Menurutnya, Rasuah Busters Kelantan mula berkolaboratif dengan pelbagai agensi di negeri ini melalui pelbagai kaedah secara langsung atau tidak langsung.

“Kita juga mahu menarik masyarakat membenci rasuah bagi membantu generasi baharu tidak terjebak jenayah itu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikram di sini pada Sabtu.

**media[1913653]**

Dr Abdul Karim Zaidan memberitahu, pelbagai aktiviti sedang dirancang bagi membolehkan penglibatan orang ramai dalam usaha kumpulan itu membanteras rasuah.

“Antara aktiviti berkenaan ialah penyebaran beberapa video menarik mengenai rasuah, tandatangan orang ramai dan pengedaran bahan berkaitan kesedaran bahaya rasuah.

“Kita tidak hanya memberi fokus kepada golongan tertentu malah menggalakkan semua pihak mendekati kumpulan kami,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini maklum balas yang diterima sangat positif kerana orang ramai bersetuju dengan usaha kumpulan berkenaan.

“Kita harap selepas ini masyarakat lebih cakna dan mengambil tahu mengenai situasi semasa dalam hal-hal berkaitan rasuah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here