Home Rasuah Busters Jangan biar campur tangan pihak berkepentingan dalam mahkamah

Jangan biar campur tangan pihak berkepentingan dalam mahkamah

0
Jangan biar campur tangan pihak berkepentingan dalam mahkamah
Setiap alasan penghakiman perlu diteliti secara terperinci sebelum memberikan respons atau menzahirkan pandangan. Gambar kecil dari kiri: Che Rahimi Samat, Muhamad Nizam.

SHAH ALAM – Tindakan sesetengah pihak yang didakwa mencampuri urusan badan kehakiman dengan harapan dapat mempengaruhi keputusan tidak wajar berlaku.

Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Kelantan, Che Rahimi Samat, perkara tersebut bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menekankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

Katanya, setiap alasan penghakiman perlu diteliti secara terperinci sebelum memberikan respons atau menzahirkan pandangan.

Jangan terlalu cepat untuk membuat sesuatu kesimpulan kerana kita harus ingat bahawa keputusan mahkamah adalah berdasarkan penghujahan dan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan atau pembelaan.

“Seandainya ia tidak menyebelahi pihak kita, maka kita harus terima seadanya. Jangan kerana kita ingin membela sesebuah pihak maka prinsip integriti kita tergadai,” ujarnya kepada kru Rasuah Busters.

Che Rahimi berkata demikian sebagai mengulas titah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan badan eksekutif di negara untuk sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak daripada sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran undang-undang.

Baginda turut bertitah bahawa sokongan, dukungan, kefahaman dan iltizam daripada semua pihak terutama pihak eksekutif adalah sumber kepada kebebasan badan kehakiman.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Anti rasuah Malaysia (Kelantan), Muhamad Nizam Ismail berkata, melanggar atau mengingkari sesebuah keputusan mahkamah melambangkan kemerosotan masyarakat terhadap kepatuhan etika undang-undang.

“Adakah kita mahu generasi akan datang melihat diri kita semua ini merupakan teladan yang buruk bagi mereka disebabkan melanggar sesebuah entiti perlembagaan.

“Tolong jangan perlihatkan perkara sedemikian rupa kepada mereka serta jangan juga jadikan kehidupan masyarakat kita seperti di rimba yang tidak mempunyai sistem undang-undang,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here