Home Rasuah Busters Rasuah Busters Kelantan teruskan kempen 'Mak Kata Jangan'

Rasuah Busters Kelantan teruskan kempen 'Mak Kata Jangan'

0
Rasuah Busters Kelantan teruskan kempen 'Mak Kata Jangan'
Peserta yang menyertai Kem Motivasi Anak Muda Kelantan teruja bertemu pasukan Rasuah Busters.

KOTA BHARU – Kempen ‘Mak kata jangan’ akan terus diuar-uarkan kepada pelajar bagi menunjukkan kesungguhan pasukan Rasuah Busters Kelantan mencegah jenayah rasuah.

Pengerusi Rasuah Busters Kelantan, Dr Abdul Karim Zaidan Ab Aziz berkata, justeru pasukan itu mengambil peluang bekerjasama dengan penganjur Kem Motivasi Anak Muda Kelantan, badan bukan kerajaan (NGO) Geng Tolong Orang (GTO) untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata, kem selama tiga hari di Bachok itu disertai kira-kira 100 pelajar berusia 14 hingga 25 tahun.

“Kita memperkenalkan fungsi pasukan Rasuah Busters dan memberitahu mereka kesan buruk jenayah itu dalam kehidupan dan sistem pentadbiran.

“Mereka merupakan penyambung warisan dan kepimpinan, jadi penting bagi golongan muda ini sedar akibat dan keterlibatan dalam rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Turut menyampaikan ceramah berkaitan bahaya rasuah ialah Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hassan.

Selain itu, Dr Abdul Karim memberitahu, fokus pasukannya juga ialah memberi penerangan mengenai harapan negara kepada pemimpin supaya menerapkan nilai berprinsip dan menolak jenayah berkenaan.

Tambah beliau, rasuah banyak terlibat dalam pekerjaan dan itu merupakan cabaran utama anak muda.

“Intipati utama kami ialah menanam sifat benci rasuah ketika masih di bangku sekolah supaya tidak menjadi penyakit dan musuh negara.

“Alhamdulillah, kita menerima maklum balas positif daripada pelajar yang teruja mendengar dan memahami tayang video itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here