Home Koronavirus 280 kes baharu Covid-19, tujuh kematian dicatat

280 kes baharu Covid-19, tujuh kematian dicatat

0
280 kes baharu Covid-19, tujuh kematian dicatat

Sebanyak 280 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 280 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tujuh kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Angka baharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,930 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,355 kes, dengan 9,957 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 382 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 300 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,943 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here