Home Rasuah Busters Rasuah Buster Perlis ajak tolak rasuah

Rasuah Buster Perlis ajak tolak rasuah

0
Rasuah Buster Perlis ajak tolak rasuah
Nor Halmey menyampaikan ceramah tentang rasuah ketika program Bual Bicara Khas: Bebas Rasuah di Masjid Babul Ibadah, Kampung Chemumar di sini pada Sabtu malam.
Penduduk kampung Chemumar mendengar ceramah rasuah yang disampaikan oleh Nor Halmey di Masjid Babul Ibadah di sini pada Sabtu malam.

ARAU – Penduduk kampung perlu diberi kesedaran mengenai rasuah kerana mereka adalah golongan yang berisiko terjebak dengan amalan itu tanpa sedar.

Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, pendidikan rasuah dan kesedaran integriti perlu ditekankan kepada masyarakat dalam usaha mengikis amalan rasuah dalam komuniti.

Katanya, walaupun mereka ini bukan golongan profesional yang terlibat dalam urusan rasmi namun rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja.

“Contohnya, apabila anak-anak naik motosikal tidak ada lesen, ibu bapa di kampung selalunya akan minta anggota polis untuk selesaikan kes di luar balai.

“Itu sebenarnya rasuah tetapi bila selalu diamalkan perkara ini sudah jadi kebiasaan dan bukan lagi satu kesalahan,” katanya ketika ditemui selepas program Bual Bicara Khas: Bebas Rasuah di Masjid Babul Ibadah, Kampung Chemumar di sini pada malam Sabtu.

Menurutnya, amalan terbabit perlu dikikis segera supaya ia tidak menjadi ikutan generasi akan datang.

“Jika tidak dibanteras, amalan ini akan dibawa sampai bila-bila dan akhirnya ia akan jadi budaya yang sukar untuk dihapuskan,” katanya.

Nor Halmey yang juga Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Perlis berkata, anak muda di kampung juga perlu diperkasakan dengan nilai jati diri supaya menjadi pemimpin masa depan yang beretika.

“Saya berharap lebih banyak ceramah tentang rasuah dapat disampaikan kepada komuniti setempat supaya usaha kita untuk membanteras rasuah dapat dijayakan,” katanya.

Katanya, program terbabit dihadiri lebih 100 penduduk Kampung Chemumar dan dianjurkan dengan kerjasama Masjid Babul Ibadah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here