Home Koronavirus 2,793 kes baharu Covid-19, enam lagi kematian

2,793 kes baharu Covid-19, enam lagi kematian

0
2,793 kes baharu Covid-19, enam lagi kematian
Sebanyak 2,793 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan lima daripadanya merupakan kes import.

SHAH ALAM – Sebanyak 2,793 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak enam kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan dengan satu daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 dalam negara kini sebanyak 36,136 kes.

Sementara itu, kes aktif setakat ini sebanyak 40,890 kes, dengan 34,417 atau 96.4 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 29 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,379 pesakit ditempatkan di hospital dengan 65 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 26 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 4,669 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,678,262 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here