Home Rasuah Busters PRU15: BN serius cantas budaya rasuah

PRU15: BN serius cantas budaya rasuah

0
PRU15: BN serius cantas budaya rasuah
Syed Atif

ARAU – Pencalonan muka-muka baharu yang dibuat BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tanda komitmen parti itu serius membendung gejala rasuah sekali gus mengubah persepsi negatif rakyat selama ini.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, langkah ini boleh membanteras perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan kemasukkan muka-muka baharu dalam kepimpinan kerajaan.

Menurutnya, mengambil contoh negara demokrasi yang besar seperti Amerika Syarikat meletakkan had dua penggal sahaja kepada ketua negara sebagai langkah membanteras isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Sebelum ini ada cadangan seumpama itu dalam parti (BN) namun belum ada keputusan. Bagaimanapun apabila mencalonkan muka-muka baharu pada PRU15 ini, kita boleh melihat BN ada usaha ke arah membanteras rasuah.

“Apabila muka-muka baharu masuk membentuk kerajaan, maka rasuah yang ‘berakar ‘ itu secara perlahan-lahan akan hilang sebab kegiatan rasuah itu perlu bermula dari bawah semula seperti yang berlaku ketika PH (Pakatan Harapan) mengambil alih kerajaan pada 2018.

“Memegang kerusi sehingga lapan penggal misalnya, adalah suatu tempoh yang begitu lama maka penting adanya pertukaran calon untuk sesuatu kerusi Parlimen atau DUN bagi membanteras peluang untuk kegiatan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, Syed Atif membuat ikrar untuk menjadikan negara ini bebas daripada rasuah.

Syed Atif yang mengambil tempat penyandang DUN Pauh juga dari BN, Roziena Ahmad ditentang Megat Hashirat Hassan (PN), Azhar Ameir (PH) dan Mohd Khalid Ahmad (Warisan) pada PRU15.

Dalam perkembangan sama, Syed Atif yang juga Exco Pemuda UMNO memberitahu, langkah BN ini juga seharusnya boleh mengubah persepsi negatif bahawa UMNO adalah parti rasuah.

“Apabila BN pusat kalah pada PRU14 disebabkan isu-isu rasuah dan lain-lain, lebih kurang 20 orang didakwa berkaitan isu terbabit. Hanya disebabkan 20 orang ini daripada tiga juta ahli, UMNO dilabelkan sebagai parti kumpulan rasuah.

“Ini sangat tidak adil. Saya sebagai orang muda dalam UMNO dan BN nampak ini hanyalah fitnah kerana parti ini (UMNO) bukanlah seteruk itu,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here