Home Rasuah Busters Pemimpin muda lebih fahami cabaran penggiat e-hailing

Pemimpin muda lebih fahami cabaran penggiat e-hailing

0
Pemimpin muda lebih fahami cabaran penggiat e-hailing
Jose (kanan) ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Tuntut Lain, Dapat Lain pada Sabtu
Jose ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Tuntut Lain, Dapat Lain pada Sabtu

SHAH ALAM – Generasi muda pemimpin pada masa kini dilihat lebih memahami situasi dan cabaran yang dihadapi penggiat industri e-hailing di negara ini berbanding golongan ‘senior’.

Justeru, Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal berkata, generasi muda yang berumur bawah 50 tahun perlu diberi peluang untuk memegang tampuk kepimpinan supaya rakyat dapat melihat pendekatan yang ditawarkan oleh golongan pemimpin anak muda ini.

“Perkara ini perlu ditekankan kerana industri kami ini adalah baharu dan berteknologi. Saya yakin mereka boleh memahami industri ini dengan lebih baik berbanding dengan mereka yang sudah senior atau lebih dari 50 tahun ini.

“Saya rasa mungkin pandangan mereka berbeza sebab itu, cara-cara pendekatan (yang mereka ambil) ini agak konvensional.

“Bagi peluang dan ruang kepada pemimpin muda, mungkin kita ada peluang untuk melihat satu perkara yang lebih baik untuk industri e-hailing di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Tuntut Lain, Dapat Lain yang dihoskan Sam Ghani pada Sabtu.

**media[1980530]**

Dalam pada itu, ulas Jose, mana-mana pemimpin yang ditonjolkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, mereka harus dilihat dari segi keikhlasan, amanah, integriti dan komitmen mereka kepada pelbagai lapisan rakyat.

Jelasnya, pemimpin seharusnya perlu berani dan komited membawa suara rakyat dan memastikan kebajikan serta kepentingan mereka terjaga.

“Kalau mereka (calon) ini ingin dipilih, dia perlulah seorang yang beramanah, berintegriti, ada cara gerak kerjanya tersendiri dan bukan hanya timbul masa pilihan raya sahaja.

“Aspek trek rekod, perjuangan, cara calon itu menyantuni masyarakat dan bagaimana dia berinteraksi dengan mereka.

“Jadi saya rasa perkara itu boleh menjadi salah satu kekuatan untuk dia menonjolkan diri,”ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here