Home Rasuah Busters PRU-15: RBTag bukti ketelusan calon antirasuah

PRU-15: RBTag bukti ketelusan calon antirasuah

0
PRU-15: RBTag bukti ketelusan calon antirasuah
Halim

SHAH ALAM – Ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) dilihat sebagai satu kewajaran yang harus dilakukan oleh semua calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi dijadikan nilai tambah diri semasa berkempen.

Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, keputusan ujian RBTag yang diperoleh boleh digunakan oleh calon untuk mempromosi diri sebagai seorang yang tidak cenderung kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, selain boleh menjadi nilai tambah kepada calon bertanding, RBTag mampu menjadi kayu pengukur terbaik untuk mengetahui sejauh mana kecenderungan seseorang terhadap dua isu penting dalam menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan amanah.

Menurutnya, kelompongan nilai-nilai tersebut boleh diketahui dan ia boleh dijadikan sebagai panduan buat calon untuk menjadi seorang pemimpin yang bersih dan antirasuah.

“RBTag adalah satu kepentingan untuk menilai sejauh mana tahap kecenderungan seseorang terhadap rasuah dan salah guna kuasa dalam diri individu, sekali gus boleh dijadikan ‘guideline’ terbaik bagi calon menjadi seorang pemimpin bersih dan berintegriti pada masa depan.

“Selain boleh mengetahui dan menilai sejauh mana tahap kecenderungan, RBTag mampu menaikkan nilai diri calon yang bertanding pada PRU kali ini sekiranya dia berjaya lulus untuk ujian psikometrik tersebut.

“Namun sekiranya gagal dalam ujian psikometrik, semua maklumat peribadi calon yang menduduki ujian RBTag tidak akan didedahkan kerana ia adalah sulit,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Jumaat.

Ujian psikometrik RBTag adalah kerjasama MCCF bersama Yayasan Sinar Untuk Malaysia (YSUM) untuk semua pihak menilai tahap kecenderungan kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Tambah Halim, ujian RBTag untuk PRU15 adalah sedikit berbeza daripada RGTag yang diadakan di dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini iaitu di Melaka dan Johor.

Menurutnya, memandang pentingnya Pilihan Raya Umum kali ini, pihak MCCF telah membuat penambahbaikan nilai tambah sistem RBTag dengan teknologi AI 4.0 ‘Artificial Intelligence’.

Lebih menarik sempena PRU15 ini katanya, satu promosikan khas ditawarkan buat 250 orang calon yang mendaftar awal apabila ujian psikometrik itu diberikan secara percuma.

“Memang ia melibatkan kos yang tinggi, namun demi negara tercinta kami di MCCF akan memberikan secara percuma kepada bakal-bakal calon,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai RBTag yang dijalankan sebelum ini, Halim berkata, sambutan yang diterima semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah amat menggalakkan dan menjadi nilai tambah kepada calon-calon semasa berkempen.

Beliau berkata, MCCF mendapat banyak maklum balas daripada rakyat yang rata-rata ingin melihat calon pemimpin mereka menduduki ujian psikometrik RBTag.

Jelasnya, permintaan daripada orang ramai itu merupakan satu mesej yang jelas kepada calon dan kerajaan yang bakal dibentuk agar menghormati dan menjaga perasaan serta harapan rakyat yang mahukan bakal-bakal pemimpin bersih.

Tegasnya, pemimpin yang bersih adalah mereka yang bebas daripada gejala rasuah, seterusnya berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara aman makmur dan menjamin ekonomi rakyat.

Untuk itu kata beliau, tidak memadai sekiranya calon bertanding hanya melakukan Akur Janji dan Ikrar Bebas Rasuah yang kebiasaannya dilaungkan oleh parti politik dan ditandatangani oleh ahli-ahlinya.

Sebaliknya beliau berkata, ketegasan dan keikhlasan menentang budaya rasuah boleh dizahirkan oleh calon PRU15 dengan menjalani ujian psikometrik RBTag.

“Kepada semua calon daripada pelbagai parti, BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mahupun Gerakan Tanah Air (GTA), mereka tidak perlu gusar dan takut untuk menjalani ujian ini.

“Sebaliknya ia boleh menjadi nilai tambah dan peluru terbaik kepada calon untuk berhadapan dengan pengundi semasa berkempen dengan menyatakan mereka antirasuah dan berintegriti.

“Gesaan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia, anda semua berhak untuk memastikan calon-calon pemimpin anda berjaya menduduki ujian psikometrik



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here