Home Rasuah Busters Perlu ada kemahuan politik tunai 6 nota Rasuah Busters

Perlu ada kemahuan politik tunai 6 nota Rasuah Busters

0
Perlu ada kemahuan politik tunai 6 nota Rasuah Busters

Syed Hamid Albar- Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR & RAFEQ REDZUAN

SHAH ALAM – Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ada kemahuan politik untuk melaksana dan menunaikan semua enam nota Rasuah Busters kepada beliau.

Bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sekiranya tiada kemahuan daripada kerajaan, nota itu akan hanya akan tercatat di atas kertas, dokumen atau laporan semata-mata.

“Jadi kita harap ada keberanian daripada kerajaan untuk merealisasikan segera enam nota Rasuah Busters ini kerana saya percaya kesemua permintaan ini boleh dilaksanakan jika kerajaan ambil tindakan.

“Mandat telah diberikan, rakyat dah beri mereka (kerajaan) kuasa. Jadi yang penting mesti ada iltizam yang kuat untuk pelaksanaannya,” katanya pada sidang akhbar program Nota Rasuah Busters Kepada PMX di Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Syed Hamid yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islamik Dunia dan Kumpulan Kajian OIC (OICSG) menegaskan, daripada tuntutan yang terkandung dalam nota itu, tugas paling penting kepada Anwar adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang menunggu pelaksanaan reformasi sistem dan nilai.

Menurutnya, rakyat juga menunggu ekonomi pulih dan menanti layanan yang sama bagi menjamin kesejahteraan mereka sejajar dengan apa yang hendak dicapai di bawah prinsip Masyarakat Madani.

“Inilah masanya (untuk laksanakannya). Kerajaan Perpaduan ada 148 kerusi dalam Parlimen. Jadi mereka kena bertindak agar sistem dan nilai di negara ini makin pulih seterusnya dapat kita hidupkan budaya dan tamadun baharu.

“Bila kita jadi pemimpin yang paling penting adalah ‘kena buat’. Insya-ALLAH kerajaan akan berjaya dan akan dapat sokongan daripada rakyat,” jelasnya.