Home Koronavirus Covid-19: 184 kes baharu, tiga kes import

Covid-19: 184 kes baharu, tiga kes import

0
Covid-19: 184 kes baharu, tiga kes import

Gambar hiasan – Foto 123rf

SHAH ALAM – Sebanyak 184 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 36,957 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,322 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 8,986 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 328 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak lapan pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 192 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,995,079 kes.