Home Rasuah Busters Nubhan teliti pengisian di media sosial, elak fitnah

Nubhan teliti pengisian di media sosial, elak fitnah

0
Nubhan teliti pengisian di media sosial, elak fitnah
Nubhan ketika program Kompas Rasuah Busters yang membincangkan isu Perang ‘Content’ Media Sosial di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Penyanyi dan pelakon, Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya Badariah Omar yang dikenali ‘Mak Jenny’.

Nubhan berkata, setiap perancangan kandungan pengisian yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu agar tidak melampaui batas.

Menurutnya, beliau dan pasukannya akan memastikan setiap pengisian yang dibuat sama ada menerusi Facebook mahupun YouTube mempunyai mesej yang baik kepada penonton.

“Saya mengakui pengisian yang dibuat adalah lebih kepada mempromosi dan menjenamakan produk jualan, namun dalam pada masa yang sama ianya mempunyai mesej untuk kita mengingati ibu bapa kita,” katanya ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘content’ Media Sosial.

Program yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu yang dikendalikan Hazlin Hussain itu turut disertai pempengaruh media sosial, Zack Merican dan pendakwah selebriti, Da’I Syed.

Nubhan yang kini bergelar usahawan berkata, beliau mengambil masa setahun untuk membina karektor ibunya sebagai ‘Mak Jenny’

“Ibu saya sudah tua, umurnya 76 tahun dan tak larat, jadi penggambaran banyak buat di rumah dan di kampung sahaja.

“Ianya berkonsepkan famili jadi keterujaan itu menyebabkan ramai penonton yang teringatkan keluarga di kampung,” katanya.

Tambahnya lagi, video yang dibuat banyak memaparkan unsur kasih sayang dengan keluarga terutama ibunya.

Malah layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.

“Memang saya akui ada penonton saya yang terjentik hati dia bila melihat video kemesraan saya dan emak dan paling penting saya dapat buktikan keluarga itu bukan perkara meremehkan,” katanya,

“Saya cuba menginspirasikan orang untuk berjaya dan pernah paparkan video saya belikan emak beg berjenama bukan untuk menunjuk, tetapi ianya mahu menonjolkan penghargaan seorang anak kepada ibunya dan bukan hanya dinilai pada wang ringgit semata-mata,” katanya.

Tegas Nubhan, kejayaan pengisian yang dipaparkan bukan terletak pada jumlah tontonan yang tinggi sebaliknya nilai pengisian yang dipaparkan.

“Hendak menginsipirasikan orang, ‘content’ kena betul-betul ada ‘value’ baru sukses.

“Kalau saya berhambakan keuntungan sampai jejaskan nama baik keluarga itu tidak ada harga diri namanya,” katanya.

Nubhan turut mengakui kaedahnya mencari rezeki banyak dibantu oleh pengisian bahan yang dipaparkan jadi sebolehnya beliau memastikan pengisian itu tidak akan mendatangkan cacian, makian serta fitnah orang.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip bukan mencari rezeki, tetapi menjemput rezeki untuk datang, jadi saya cuba elak untuk siar sesuatu yang nampak keterlaluan kalau ada unsur sebegitu, maka saya tidak akan siarkan walaupun proses penggambaran dan suntingan sudah selesai.

“Saya tidak mahu meraih perhatian daripada keburukan yang dibuat kerana setiap ungkapan yang keluar daripada penonton adalah doa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here