Home Rasuah Busters LCS: RCI mesti ditubuhkan

LCS: RCI mesti ditubuhkan

0
LCS: RCI mesti ditubuhkan
Rasuah Busters Perak gesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat secara bebas isu kegagalan menyiapkan LCS walaupun peruntukan bernilai RM6 bilion sudah disalurkan. (Gambar kecil: HASBULLAH)

IPOH – Rasuah Busters Perak menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat secara bebas isu kegagalan menyiapkan kapal tempur pesisir (LCS) walaupun peruntukan bernilai RM6 bilion sudah disalurkan.

Pengerusi Rasuah Busters Perak, Prof Madya Dr Hasbullah Ashari berkata, skandal LCS merupakan isu integriti besar yang boleh mengancam keselamatan negara kerana ia salah satu siri kegagalan dalam projek pemerkasaan pertahanan negara seperti isu kapal selam scorpene dan isu pembelian helikopter pejuang.

“Keadaan yang berlaku pastinya akan menggugat keselamatan negara kerana ia petanda menunjukkan keselamatan negara tidak dipandang penting oleh pihak berkuasa.

“Rasuah busters Perak menuntut kesungguhan pihak kerajaan untuk berlaku telus dan bersungguh- sungguh menyelesaiakan masalah ini. Satu RCI mesti ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas isu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hasbullah berkata, selain RCI, keberanian dan kesungguhan untuk menguatkuasakan undang-undang oleh agensi terbabit adalah sangat penting.

Menurutnya, rakyat mesti menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya pemimpin bersih dan berintegriti dipilih untuk menerajui negara ini.

Boustead Naval Shipyard (BNS) pada Sabtu menunjukkan lima kapal tempur pesisir (LCS) yang kini dalam pembinaan dengan kapal pertama telah siap 60 peratus.

Menerusi satu lawatan bersama pengamal media, Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat berkata, kerja pembinaan ke atas kelima-lima LCS yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut itu masih berjalan.

Menurutnya, kapal pertama telah menunjukkan perkembangan sehingga 60 peratus, kapal kedua (LCS 2) mencapai 48 peratus, LCS 3 (43 peratus), LCS 4 (36 peratus) dan LCS 5 (22 peratus).

Projek LCS mula mencuri tumpuan apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) mendedahkan bahawa kira-kira RM6 bilion telah dibelanjakan, namun tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here