Home Rasuah Busters Konvoi berakhir di Dataran Pantai Morib

Konvoi berakhir di Dataran Pantai Morib

0
Konvoi berakhir di Dataran Pantai Morib

BANTING – Aktiviti singgah santun di Dataran Pantai Morib, Selangor menjadi destinasi terakhir Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang setelah bermula Khamis lalu.

Meskipun cuaca agak mendung di Pantai Morib, namun aktiviti bersama orang ramai yang telah disusun atur tetap berjalan lancar.

Program bertemu orang ramai itu diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Ikatan Inteligensia Membangun Malaysia (I2MAM), Datuk M Nizam Mahshar dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Arpaaii Sanat.

Hadir sama, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Norden.

Konvoi #RasuahBusters sebelum itu sempat mendekati penduduk Kampung Kamchong Darat, Selangor.

Aktiviti sukan santai yang diadakan bersama penduduk setempat mendapat sambutan hangat.

Bukan sahaja ramah, masyarakat di perkampungan tersebut sangat menghormati tetamu dengan menyajikan makanan tradisional dan air kelapa segar kepada rombongan Konvoi #RasuahBusters.

ARTIKEL BERKAITAN:Rasuah: Kaya duniawi, miskin akhirat

ARTIKEL BERKAITAN:Konvoi #RasuahBusters dekati anak yatim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here