Home Rasuah Busters ‘Kedudukan indeks rasuah negara mungkin setara Afrika’

‘Kedudukan indeks rasuah negara mungkin setara Afrika’

0
‘Kedudukan indeks rasuah negara mungkin setara Afrika’

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berpandangan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini dijangka semakin meningkat dan mungkin setara dengan negara Afrika.

Ujar beliau, ia berikutan kegiatan rasuah dalam negara ini semakin berleluasa dan rakyat juga dilihat kurang peka terhadap permasalahan tersebut.

“Kami mungkin dianggap tidak pandai memerintah, orang-orang baharu menjadi menteri tetapi kejayaan besar menurunkan indeks rasuah daripada tangga 61 ke 51 dalam masa setahun setengah.

“Satu tahun lebih mereka (kerajaan Perikatan Nasional) mengambil alih, indeks rasuah naik ke kedudukan 62.

“Tahun ini kalau diukur barangkali kita akan mencecah tangga 70 ke atas, ertinya kita setara dengan negara Afrika,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Sidang Nadi Rakyat yang diadakan di sebuah hotel pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, beliau mengakui bimbang sekiranya persepsi rakyat khususnya bangsa Melayu terhadap parti politik tertentu tidak berubah.

“Persepsi mengatasi hujah. Itu yang berlaku dalam masyarakat Melayu sekarang ini. Persepsi takutkan DAP atau Cina sedang bermaharajarela dan ini bukan senang untuk dibuang.

“Saya bimbang kerana Pilihan Raya Negeri (PRN), Melayu yang menyokong kita (Pakatan Harapan) hanya sembilan peratus (Melaka) dan di Johor hanya tujuh peratus.

“Kita yang melihat keadaan dalam negara ini berasa bimbang sekiranya tidak berlaku perubahan mendadak kepada rakyat,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here