Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 bertambah 16,469 minggu ini

Kes baharu Covid-19 bertambah 16,469 minggu ini

0
Kes baharu Covid-19 bertambah 16,469 minggu ini

KUALA LUMPUR – Kes harian baharu Covid-19 terus meningkat sepanjang minggu ini dengan 16,469 kes dilaporkan untuk tempoh 25 Jun hingga 1 Julai 2022, dan kes tertinggi pada 30 Jun iaitu 2,867 kes.

Semalam (1 Julai), kes harian baharu masih berada atas paras 2,500 iaitu 2,773, menjadikan kes aktif meningkat kepada 30,217 kes sementara kes kumulatif kini sebanyak 4,568,828.

Daripada 2,773 kes semalam, Selangor merekod kes tertinggi 884, diikuti WP Kuala Lumpur 793, Perak 209, Negeri Sembilan 155, Pulau Pinang 138, Sabah 135 dan Melaka 110.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu WP PUtrajaya 97, Pahang 60, Johor 60, Sarawak 47, Kedah 35, Kelantan 24 dan Terengganu 17.

Sementara Perlis mencatat lima (5) kes dan WP Labuan, empat (4) kes.

Rakyat Malaysia sudah diingatkan bahawa negara ini berkemungkinan mengalami semula gelombang baharu Covid-19, seperti apa yang sedang berlaku di negara jiran, Singapura.

Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer iaitu 25 Jun (6,168), 26 Jun (5,116), 27 Jun (5,309), 28 Jun (11,504), 29 Jun ( 9,362), 30 Jun ( 9,505) dan 1 Julai (9,087).

Dengan sebanyak 4,568,828 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19.

Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,744,430 kes dan Ukraine 5,017,038 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis merekod kes harian tertinggi semalam, sebanyak 125,066 kes diikuti Amerika Syarikat 99,586 dan Itali 86,334.

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,043,168 kes.

Menurut laporan luar negara, Amerika Syarikat mungkin berdepan dengan strain baharu Covid-19 BA.5, yang disifatkan pakar sebagai ‘versi terburuk’ strain Covid-19.

Dilaporkan juga majoriti kes baharu Covid-19 di negara Uncle Sam itu berpunca daripada strain BA.4 dan BA.5 dan dijangkakan BA.5 menjadi dominan awal Julai ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pada Khamis lepas, jumlah kes harian baharu Covid-19 meningkat sebanyak 18 peratus, melibatkan lebih 4.1 juta kes di seluruh dunia.

Dalam taklimat media di Geneva, Switzerland, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, peningkatan kes harian baharu Covid-19 dikesan di 110 buah negara termasuk di Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara, kebanyakannya berpunca daripada varian Omicron BA.4 dan BA.5. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here