Home Rasuah Busters Jabatan agama disaran susun semula pelaksanaan urus jenazah

Jabatan agama disaran susun semula pelaksanaan urus jenazah

0
Jabatan agama disaran susun semula pelaksanaan urus jenazah

SHAH ALAM – Pihak jabatan agama disarankan supaya menyusun semula pelaksanaan pengurusan jenazah, termasuklah memilih individu yang bertauliah.

Jurulatih pengurusan jenazah, Amir Muttaqin berkata, ia berikutan dikhuatiri terdapat ejen atau pengurusan jenazah yang tidak sah.

“Justeru, bila bercakap tentang ejen tidak sah ini, saya menyeru kawan-kawan saya yang berada di jabatan agama ini kalau boleh susun semula.

“Individu yang bertugas di hospital biarlah mereka yang bertauliah dan diberi garis panduan yang betul dalam menguruskan jenazah. Ini termasuklah berapa kadar upah dan siapa boleh urus.

“Bila kita cerita tentang urus jenazah dan fardu kifayah, perkara ini merupakan satu ibadah. Bila ibadah ia melibatkan hukum. Jadi di sini kita nak mengesahkan mereka yang menguruskan jenazah ini adalah orang yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Kartel Jenazah, Sampai Bila?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang dikendalikan Zaim Zaini itu turut menampilkan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim dan sukarelawan Amal Valley Organization, Omar Mokhrij Johari sebagai panel jemputan.

Sebelum ini, beberapa petugas kesihatan di sebuah hospital di Selangor direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.

Mereka dikatakan telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here